Monday 26 November 2012

Makanan Eksotik

Dalam banyak-banyak makanan, kita bebas untuk memilih jenis-jenis makanan yang kita suka. Sebelum itu saya akan terangkan kepada anda semua bahawa setiap makanan yang berbeza itu mempunyai citarasa yang tersendiri dan mempunyai rasa-rasa yang berbeza. Ini adalah sebahagian kisah benar yang saya alami semasa sebelum memeluk agama Islam. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya masyarakat kampung saya di Papar, Sabah ini, mudah untuk mendapatkan makanan-makanan eksotik seperti :

1) Tupai 
2) Musang 
3) Ular Sawa 
4) Langap (Tupai Terbang)
5) Biawak
6) Monyet
7) Beruk
8) Landak
9) Ulat rumbia

dan macam-macam lagi termasuklah makanan yang sangat-sangat popular di kalangan masyarakat Kadazan Dusun iaitu Bakas (Babi Hutan).

1. Tupai (Monggoluton)

 Binatang ini amat mudah di jumpai di hutan-hutan besar, kebun-kebun getah dan hutan-hutan kecil. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu yang berwarna hitam dan berwarna coklat. Kalau korang nak tahu, tupai yang berbulu hitam nilah yang semakin pupus ...kerana selalu jadi mangsa orang-orang kampung untuk dijadikan sup atau pun bubur....emmmmmmm.....memang sedap kalau di buat bubur...kalah rasanya bubur ayam atau bubur lambuk Kampung Baru tu....hehehe....kalau tak caya korang tanyalah orang Kadazan Sabah. Cara nak dapat tak susah... pinjam senapang bapa dan tembak guna peluru no 4. Kebiasaannya tupai ni suka makan buah...jadi lebih mudah nak cari .

Sebelum kita meneruskan kerja-kerja memasak...bulu  dan isi perut perlulah di bersihkan terlebih dahulu. Bulu tupai perlu dibakar dan kulitnya yang tebal sedikit perlulah di kikis. Hehe... bukan itu saja...kepala tupai juga tak perlu di buang ...ia juga akan di masak sekali . Kebiasaanya selapas daging tupai di potong-potong kecil barulah ia di masak menjadi bubur. Bagi saya ...aroma daging tupai ada lain macam sikit lah....kalau makan bubur tupai ni, tak sah kalau tak tambah...sodap laaakk aaaiii..... hehe...itu cerita dulu ye...

2. Ulat Sagu (Vutood)

  Vutood atau ulat sagu adalah salah satu jenis makanan hebat di kalangan orang-orang kampung masyarakat Papar di Sabah. Kalau korang nak tahu...ulat ni amat-amat lah mengerikan kepada sesiapa yang pertama kali melihatnya. Bagi saya, ulat ni adalah sejenis ulat yang menakjubkan...ini kerana apabila ia matang nanti, ia akan bertukar kepada serangga yang mempunyai kepak seperti kumbang dan boleh terbang.

Kalau nak di ikutkan hati, sekarang ni juga saya nak makan ulat ni..rasanya yang berlemak-lemak dan lembut di ikuti kulitnya yang liat, sedikit pun tidak menghalang atau loya tekak ini untuk menelan ulat tersebut. Sedap memang susah nak cakap.Yelah kan...saya ni dibesarkan cara orang Kadazan...jadi tak hairanlah kalau makan makanan pelik-pelik macam ni...hehe. Saya ni ok lagilah...taklah zalim sangat...tak mendera binatang....makan pun makanan yang dah masak..taklah sampai makan benda ni hidup-hidup....eee...gerunlah juga...orang yang makan benda-benda hidup ni...orang yang tiada perasaan... godoot dan tiada  belas kasihan..buduhhh...

Hehehe.....cuba korang lihat gambar sate di atas....huulamak.....kalau dulu-dulu ni...bestlah dapat sate....
Terbayang-terbayang kepala ulat ni kalau di gigit...meletup-meletup dalam mulut rangup ..sodap laakk aaaaiii....macam kacang pun ada juga...eee gila kan saya ni....itu dulu ye....jd pada kawan-kawan saya yang di Sabah tu kalau baca blog ni...janganlah marah ya.

Dulu saya pernah bertanya pada orang-orang yang bijak pandai tentang ulat ni sama ada orang Islam boleh makan ke tak...ada yang kata  boleh...dan ada yang kata tak boleh sebab menjijikkan...tapi pada pendapat saya ...ulat ni tak makan pun benda-benda kotor..jadi rasanya bolehlah kot untuk dimakan...hehe...tak apalah kalau tak dapat makan ulat ni..makanan lain pun banyak lagi kan...


3. Monyet ( Kara )

Monyet, kara atau kera ...adalah binatang yang sama..yang terdapat di dalam hutan di Sabah ataupun di Semenanjung Malaysia...bezanya, monyet-monyet yang ada di Semenanjung Malaysia ni.. lain sedikit gaya dan caranya apabila bersemuka dengan kita. Ini menunjukkan monyet-monyet di Semenanjung Malaysia ni belum pernah di sekolahkan...yang akhirnya senang-senang untuk dijadikan lauk sebagai hidangan terbaik sekiranya monyet-monyet akan di jumpai oleh orang-orang yang sepatutnya.... hehehe...
  
Pada pandangan saya ...semua tempat di Sabah dari kebanyakan daerah seperti di Papar, Tambunan, Keningau, Mambakut ..dan lain-lain termasuklah yang di pendalaman Sabah ni, boleh dikatakan semua kawasan di kelilingi hutan yang luas .Bermakna semua hutan ini dihuni oleh monyet dan binatang-binatang lain dari pelbagai jenis. Tapi yang hairannya, walaupun hutannya yang luas, kita masih sukar untuk melihat kelibat monyet yang berkeliaran disebabkan faktor-faktor tertentu...hehehe...korang tau tak.

Monyet di Sabah sudah ada Degree...kalau nampak orang..dia dah tau dia akan ditembak dan akan dijadikan lauk...jadi awal-awal lagi monyet ni dah cabut lari 100 meter...sorrylah tak jumpa dah. Bak kate isteri saya 

" Binatang-binatang mesti takut nak limpas kampung abang kan? Sebab kalo limpas mesti semua kene tembak jadi lauk."

Heheheh, betol lah tu.



* Insan gambar dari Google.